Selamat Datang Ke Blog Keluarga Kami

Selamat Datang Ke Blog Keluarga Kami...di sini segala kisah suka duka pahit manis keluarga kami direkodkan sebagai kenangan terindah di masa hadapan.

Saturday 4 June 2011

Bulan pertamaku...Muhammad Iradi Hafizi

 


Hari demi hari...tup tup dah genap sebulan umur Iradi. So sweet so cute ;-). Macamana nak baca turutan gambar ni ek...mudah aje. Mula baca dari yang paling atas dan dari kiri ke kanan. Kendian sambung gambar seterusnya di bawah juga dari kiri ke kanan.

Ada sape2 perasan x Iradi dah mula botak sejak berumur 22 hari. Ayah bagi can genap 3 minggu aje anak ummi encem, pastu terus ayah cukur....heheheee Encem jugak kan walaupun dah botak.

Tengok gambar last yg sebelah pooh n tiger tu Iradi macam wat gaya bangga aje dah genap umo sebulan...

Muuahh muahhh muahhhh untuk cinta hati ayah ummi.

si manjaku sayang...


Selamat datang ke dunia ayah ummi sayang.....love you so much

Menghitung hari...

Khamis, 29 September 2010
Sempat lagi berposing di Wad Bersalin, Hospital Putrajaya bersama my beloved husband....mmmuuuuuaahhhhh sayang abang

Kembangnya idung dia...heheheee

Sokongan dari suami tercinta...


Teruja....

Tarikh keramat 27 Januari 2010, jam 6.05 pagi aku terjaga dari tidurku yang kurasakan sungguh panjang. Mimpi malam tadi bermain di kepalaku..penat betul. Ramai orang mengelilingiku dan meminta aku membuat pregnancy test. Dalam mimpi tersebut aku membuat ujian kehamilan tersebut berkali-kali dan keputusannya negative.…kalau abang tau mesti abang cakap ‘kan abang dah cakap awal sangat untuk buat ujian…’ Lagipun baru beberapa hari lepas aku membuat ujian kehamilan tersebut dan hasilnya memang negative.

Disebabkan tension dengan mimpi tersebut, sebaik sahaja bangun dari lenaku, aku terus membuat pregnancy test untuk kali kedua. Tetapi aku tidak berharap yang keputusannya positive. Hanya sekadar puaskan hati sendiri setelah penat melayan mimpi yang panjang semalam…

Sebaik sahaja melihat jalur pertama muncul pada papan ujian kehamilan aku berkata ‘kan dah cakap tak pregnant…’ tiba-tiba kulihat jalur kedua muncul perlahan-lahan pada papan ujian kehamilan tersebut. Terkejut dan berdebar-debar jantung aku melihatnya, macam tak percaya.. Ku ambil papan tersebut dan halakan ke lampu untuk memastikan apa yang kulihat adalah benar-benar berlaku dan bukan khayalanku semata-mata. Lama ku tunggu dan jalur tersebut semakin lama semakin jelas walaupun tidak sejelas jalur pertama. Hatiku berbunga riang…hanya Allah sahaja yang tahu betapa gembira dan bersyukurnya aku dengan kehamilan ini… ;-) Tak sabar rasanya ingin kusampaikan berita gembira ini kepada abang, suami yang amat aku cintai… Aku bergegas menunaikan solat subuh dan bersiap untuk ke pejabat.

macam tak caye je.... ;-)


Sepanjang perjalanan ke pejabat, senyum xlekang dari bibirku. Bahagia sangat rasanya…seperti akulah manusia yang paling bahagia di dunia ini…Berita gembira ini segera kusampaikan kepada abang. Dapat aku rasakan abang turut gembira dengan berita ini...anugerah Allah yang telah lama kami tunggukan…zuriat cinta kami yang lahir dari rahimku sendiri. Ya Allah, Engkaulah Yang Maha Mengetahui akan setiap kejadian….kami bersyukur dengan anugerahMu ini Ya Allah…