Selamat Datang Ke Blog Keluarga Kami

Selamat Datang Ke Blog Keluarga Kami...di sini segala kisah suka duka pahit manis keluarga kami direkodkan sebagai kenangan terindah di masa hadapan.

Saturday 13 July 2013

Kek Gula Hangus / Sarang Semut

Abaikanlah gambar sekeliling bekas kek tu yek...ummi punya excited sebab buat kek Gula Hangus ni buat kali pertama dan hasilnya...seperti yang dilihat ;-) Sampai terlupa nak kemaskan keliling tu dulu sebelum ambik gambar. Seronok sungguh ummi tengok ke rupa sarang kek tu yang menjadi...dan-dan tu gak MMS gambar kat atas ni kepada tuan punya resepi asal...Gambar-gambar lain xde, xsempat nak ambik...dah selamat masuk dalam perut...

Resepi kek ni diberi oleh anak buah kat opis ummi...mekasih bebanyak ye Kak Jah...memang seperti yang Kak Jah cakap resepi ni sungguh mudah untuk dibuat...dan in sha Allah menjadi. Kat sini ummi kongsikan resepi yang dimaksudkan...boleh juga dijadikan rujukan diri sendiri dimasa-masa akan datang...

Bahan-bahan
  • 125gm mentega *ummi guna jenama buttercup
  • 2 cawan gula pasir
  • 1 cawan air
  • 6 biji telur ayam 
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 1/2 cawan tepung gandum (diayak)
  • 2 sudu kecil soda bikarbonat (diayak)
  • 1 penutup botol esen vanilla

Cara-cara
  1. Panaskan mentega sehingga cair, asing dan sejukkan.
  2. Panaskan gula sehingga cair dan berwarna keperangan. Kemudian masukkan air ke dalam gula yang telah cair, kacau dan sejukkan. Masa nak masukkan air ni kena hati-hati sebab dia akan meletup-letup dan gula panas tadi boleh memercik kena tangan.
  3. Sementara menunggu mentega dan gula perang tadi sejuk, barulah mula pukul telur, susu pekat dan esen vanilla sehingga kembang *ummi guna mixer aje...
  4. Bila telur dah kembang, masukkan tepung gandum dan soda bikarbonat, kacau hingga sebati.
  5. Masukkan mentega yang telah dicairkan dan kacau hingga sebati *ummi kacau guna spatula aje...
  6. Masukkan gula perang dan kacau hingga sebati. 
  7. Panaskan oven, masukkan adunan kek ke dalam dulang pembakar
    *ummi oleskan dulu dulang pembakar dengan mentega supaya tak melekat. 
  8. Bakar pada suhu 175 darjah celcius selama 30-45 minit atau sehingga masak.

SELAMAT MENCUBA ;-D  

Thursday 4 July 2013

Syurga Dunia Anak-anak



Walaupun badan penat setelah seharian bekerja...namun segalanya hilang dengan senyuman kebahagiaan dan kegembiraan anak-anak bila ummi bawa mereka bermain di taman permainan. Ummi prefer bawak anak-anak ke taman permainan pada hari bekerja kerana orang tak ramai...senang nak monitor pergerakan anak-anak. Anak-anak pun dapat bermain dengan bebas tanpa perlu berebut-rebut...

Monday 1 July 2013

Putihnya dia...anak sapelah ni

Habislah sebotol bedak dikorbankannya...sedar-sedar dah memutih lantai tu dengan bedak. Dah lama sebenarnya abang aim kat bedak tu...akhirnya kau milikku jua...hahahaha
 
Muka takut kena marahlah tu...hrmmm sayang anak ummi sorang ni...muuuaahhhh ummi dan ayah sayang abang tau

Sunday 23 June 2013

KU009 : Progress Rumah di Kulim Utama

Sebenarnya ummi masih belum berkesempatan untuk balik ke Kulim dan tengok progress rumah kami...tapi ayah sentiasa akan g tengok rumah kami. Kalau ada sebarang perkembangan terkini ayah akan MMS kat ummi...seronok sungguh dapat tengok progress rumah tersebut dari semasa ke semasa. Gambar-gambar kat bawah ni ayah ambil pada 20 Jun 2013 yang lalu. Wahhh...dah naik tembok untuk nak buat pintu pagar....suka suka suka ;-D

Pandangan dari luar ke dalam rumah. Ermm...pagar kat tepi tu akan jadi bentuk L ah...cantik gak kalau nanti kita buat pintu kecik kan...apa2 pun kena tanya pendapat my kontraktor merangkap ID dulu...hehehehee
 
Pandangan betul-betul dari depan pintu pagar rumah...ummi ni susah sikit bab-bab nak berimaginasi ni...macamanalah agaknya rupa bila dah naik pagar penuh kat depan ni yek??? Ummi teka tiang pintu pagar yang berlubang tu nak dijadikan tempat buang sampah tapi ayah kata tak....diaorang nak buat tempat letak meter ke apa tah ayah sebut... Takpe, just wait and see siapa benar siapa salah. Kalau ummi yang betul/menang, ayah kena belanja ummi makan tau...kalau ummi kalah, ayah wat-wat lupa jelah ye...hahahaha
 
Ni tembok yang memisahkan rumah kami dengan jiran sebelah kanan...kat sinilah tempatnya ruang tanah kami yang paling luas...xdelah banyak sangat, sekangkang kera je...tapi cukuplah untuk kami sekeluarga
 
Gambar ni lak dari sudut yang berbeza...eeaaaa tak sabonya ummi nak balik tengok rumah...nasib baik jauh. Kalau dekat jawabnya dah jadi aktiviti tetap setiap hujung minggu g melawat rumah...heheheee 

Saturday 15 June 2013

Jalan-Jalan Dengan Mak Jan 24 Mei 2013

Sekarang Mak Jan dah tak duk ngan kami lagi...:-( Lepas kenduri kahwin kat rumah Mak Ngah aritu pada 1 Jun 2013, Mak Jan terus balik kampung kat Pahang jaga To'ki...kesian kat To'ki takde sape nak jaga sejak Tok Ngah meninggal dunia. To'ki bukan pernah duk sorang kat rumah tu...tentu rasa sunyi kalau takde sape-sape. Kat bawah ni adalah gambar terakhir kami jalan-jalan kat Alamanda sebelum Mak Jan balik duduk Pahang. In sha Allah ada rezeki panjang umur nanti kita akan jalan-jalan lagi kan Mak Jan? ;-p

 
Ummi kesian kat Abang Iradi...masa mula-mula Mak Jan takde, hari-hari dia dok tanya ummi...Mak Jan mana ummi? Sekarang kalau ummi tanya abang...Mak Jan mana? Abang dah pandai jawab Mak Jan jaga To'ki...pandai anak ummi ;-D

Tuesday 11 June 2013

Kudis

Sebenarnya dah dekat seminggu ada kudis/kuping atas kepala adik Hamdani ni...tapi sebab masa tu kecik je, so ummi xdelah risau sangat. Tapi semalam lepas ambik adik Hamdani kat Taska ummi tengok kudis ni dah semakin besar sangat dah ni!!! Siap ada rasa melekit dan lembab air bisa lagi bila ummi pegang ngan tangan. Tapi adik Hamdani xdelah pulak nak menggaru kepala dia tu...Ummi dah mula risau...pagi tadi ummi ambik time-off untuk bawak adik Hamdani ke klinik Presint 9...punyalah lama nak dapat jumpa pegawai perubatan kat klinik tu...ummi sampai kul 9 lebih, pukul 12 lebih baru dapat jumpa pegawai perubatan...kalau ku tahu begini lamanya, awal-awal lagi dah g klinik swasta...ummi g klinik ni sebab sebelum ni pernah ambik ubat demam dan batuk adik Hamdani kat klinik ni dan nampaknya serasi...sebab tu ah ummi pi lagi...kali ni adik diberi ubat sapu untuk dibuat macam syampu dan dipakai masa mandi, krim untuk sapu kat tempat kudis tu dan juga antibiotik.
Lepas balik dari klinik ummi terus bawak adik ke kedai gunting rambut...dahlah anak manjaku ini rambutnya nipis dan lambat tumbuh...tapi kali ni sebab sayang anak punya pasal ummi terus kasi adik botak...sejak cukur masa dalam pantang dulu memang rambut adik tak pernah dipotong...harap-harap dah  membesar ni rambut adik cepatlah tumbuh semula...bila dah botak barulah Nampak rupa sebenar kudis atas kepala adik....ya Allah, kesiannya anak aku...MO kat klinik tadi cakap adik ni berjangkit dari orang lain ni...apa pun ummi redha dan xdelah nak tuduh sape2...sabar ye sayang.

Wednesday 29 May 2013

TIGA Datang


PEMINAT FANATIK ULTRAMAN!!!
Abang Iradi panggil semua spesis ultraman as TIGA... bukak tv nak TIGA...bukak laptop nak TIGA...pegang tepon ummi pun nak TIGA...mainan pun nak TIGA...akhirnya dapat juga topeng TIGA yang diidam-idamkan. Murah aje, RM2.00 satu ummi beli kat pasat tani (sebab murahlah ummi beli...heh heh heh...) Abang pilih sendiri tuh...puas dia pegang macam2 jenis topeng TIGA akhirnya merah juga idaman hati. Untuk adik Hamdani pun ummi beli 1 topeng TIGA warna hijau...layanlah ek TIGA ayah ummi ni...




Monday 27 May 2013

Hepinya dia...

Antara koleksi gambar-gambar anak kesukaan ummi...bahagia tengok anak-anak kecil ceria. Anak-anak yang tiada dosa...apa yang terpancar diwajah itulah yang menggambarkan rasa hati...sedar tak sedar dah besar dah anak-anak ummi ni...rasa macam baru lagi lahirkan mereka...

Abang pantang tau ummi nak ambil gambar, memang akan posing cepat-cepat. Pas siap bergambar sakan, abang akan terus berlari kat ummi nak tengok gambar-gambar yang dirakam...adik lak masih lagi dalam proses belajar nak mesra kamera...tapi cikgunya memang hebat, siapa lagi kalau bukan abang Iradi Hafizi...apa saje aksi abangnya buat, adik akan cuba tiru...so sweet


Monday 20 May 2013

Spiderman Putrajaya


Hero ummi yang sorang ni...setiap hari ada saje benda baru yang dibuatnya. Mulanya nak marah gak tengok abang memanjat tinggi-tinggi macam tu. Ummi bukannya apa, tak pasal-pasal nanti adik yang kecik tu nanti tiru apa abangnya buat...abang ummi tak risau sangat sebab dah besar...tapi dalam hati cuak gak takut anak jatuh...sape tak sayang anak wooo...

Abang nampak je ummi, dan-dan dia cakap "ummi, ambik gambar abang ummi"...terus sejuk hati dengar suaranya yang gembira dengan senyuman lebar tu...ummi pun apa lagi...klik klik klik...ok abang dah siap...turun meh... ;-p


Saturday 4 May 2013

KU008 : Our Home Sweet Home - Part 2

Tadaa...seperti yang dijanjikan ummi sajikan gambar rumah kami yang diambil pada 15 dan 16 April 2013...baru puas hati boleh ambil gambar banyak-banyak. Boleh tenung gambar tu sampai terkeluar bijik mata kat Putrajaya nanti...hehehehee lagipun takkan setiap hujung minggu nak balik Kulim semata-mata nak tengok rumah kan...

Abang Iradi dengan gaya 'fire' ultraman di ruang tamu

Kat ruang tamu ni selain sliding door yang menuju ke anjung, ada 2 tingkap satu panel kat tepi...

Pandangan dari arah anjung depan ke dalam rumah boleh nampak ruang tamu, ruang makan dan dapur. Kat ruang makan nilah kami plan nak buat family area. Dapur tu pulak (kat area ayah berdiri) nak jadikan ruang makan dan dry kitchen. 

Ruang makan ni pun ada sliding door kat tepi...ummi suka sebab nampak lebih luas dan terang

Pintu kat dalam gambar ni menuju ke master bedroom...

Inilah bakal bilik beradu ummi dan ayah...

Bilik air dalam master bedroom kami...

Haa...inilah rupa ruang dapur kami yang bakal jadi ruang bersantap kami sekeluarga dan juga sanak saudara dan rakan taulan...


Bilik tidur ke2...takdelah besar sangat tapi selesa untuk anak bujang kami bila besar nanti...

Bilik tidur ke3 yang sama saiz dengan bilik tidur ke2...bezanya cuma ada tingkap extra

Bilik air untuk kegunaan sekeluarga dan tetamu...

Bilik utiliti...hrmmm, kena kreatif lebih ni nak kasi bilik ni nampak besar...;-p

Gambar dekat ruang kering kat belakang dapur yang bakal bertukar wajah kepada wet kitchen...in sha Allah





Lagi close up ruang kering kat belakang rumah...



Tanah kat sekeliling rumah kami...walaupun xbanyak mana tapi kami happy sebab boleh main kejar-kejar keliling rumah...ahak ahak ahak ;-D

Anjung tempat untuk melepak petang-petang sambil minum kopi...

Car Porch yang boleh muat dua buah kereta



Gambar keseluruhan rumah dari sudut berbeza...

Petang semalam masa melawat rumah, tanah kat depan rumah ni masih belum dikorek lagi...harini sampai-sampai tengok tanah dah dikorek dan tak boleh lalu ngan kereta dah...




Ni gambar rumah jiran kami sebelah kanan...inilah rumah Type A1 yang ummi mula-mula berkenan masa tengok brochure tu...projek perumahan ni rumahnya dibina bercampur-campur dan berselang seli antara banglo setingkat Type A, banglo setingkat Type A1 dan banglo 2 tingkat...sebenarnya ni 1st time ummi tengok projek perumahan yang bercampur-campur macam ni...ke ummi yang ketinggalan keretapi??? ;-p