Selamat Datang Ke Blog Keluarga Kami

Selamat Datang Ke Blog Keluarga Kami...di sini segala kisah suka duka pahit manis keluarga kami direkodkan sebagai kenangan terindah di masa hadapan.

Wednesday 29 May 2013

TIGA Datang


PEMINAT FANATIK ULTRAMAN!!!
Abang Iradi panggil semua spesis ultraman as TIGA... bukak tv nak TIGA...bukak laptop nak TIGA...pegang tepon ummi pun nak TIGA...mainan pun nak TIGA...akhirnya dapat juga topeng TIGA yang diidam-idamkan. Murah aje, RM2.00 satu ummi beli kat pasat tani (sebab murahlah ummi beli...heh heh heh...) Abang pilih sendiri tuh...puas dia pegang macam2 jenis topeng TIGA akhirnya merah juga idaman hati. Untuk adik Hamdani pun ummi beli 1 topeng TIGA warna hijau...layanlah ek TIGA ayah ummi ni...




Monday 27 May 2013

Hepinya dia...

Antara koleksi gambar-gambar anak kesukaan ummi...bahagia tengok anak-anak kecil ceria. Anak-anak yang tiada dosa...apa yang terpancar diwajah itulah yang menggambarkan rasa hati...sedar tak sedar dah besar dah anak-anak ummi ni...rasa macam baru lagi lahirkan mereka...

Abang pantang tau ummi nak ambil gambar, memang akan posing cepat-cepat. Pas siap bergambar sakan, abang akan terus berlari kat ummi nak tengok gambar-gambar yang dirakam...adik lak masih lagi dalam proses belajar nak mesra kamera...tapi cikgunya memang hebat, siapa lagi kalau bukan abang Iradi Hafizi...apa saje aksi abangnya buat, adik akan cuba tiru...so sweet


Monday 20 May 2013

Spiderman Putrajaya


Hero ummi yang sorang ni...setiap hari ada saje benda baru yang dibuatnya. Mulanya nak marah gak tengok abang memanjat tinggi-tinggi macam tu. Ummi bukannya apa, tak pasal-pasal nanti adik yang kecik tu nanti tiru apa abangnya buat...abang ummi tak risau sangat sebab dah besar...tapi dalam hati cuak gak takut anak jatuh...sape tak sayang anak wooo...

Abang nampak je ummi, dan-dan dia cakap "ummi, ambik gambar abang ummi"...terus sejuk hati dengar suaranya yang gembira dengan senyuman lebar tu...ummi pun apa lagi...klik klik klik...ok abang dah siap...turun meh... ;-p


Saturday 4 May 2013

KU008 : Our Home Sweet Home - Part 2

Tadaa...seperti yang dijanjikan ummi sajikan gambar rumah kami yang diambil pada 15 dan 16 April 2013...baru puas hati boleh ambil gambar banyak-banyak. Boleh tenung gambar tu sampai terkeluar bijik mata kat Putrajaya nanti...hehehehee lagipun takkan setiap hujung minggu nak balik Kulim semata-mata nak tengok rumah kan...

Abang Iradi dengan gaya 'fire' ultraman di ruang tamu

Kat ruang tamu ni selain sliding door yang menuju ke anjung, ada 2 tingkap satu panel kat tepi...

Pandangan dari arah anjung depan ke dalam rumah boleh nampak ruang tamu, ruang makan dan dapur. Kat ruang makan nilah kami plan nak buat family area. Dapur tu pulak (kat area ayah berdiri) nak jadikan ruang makan dan dry kitchen. 

Ruang makan ni pun ada sliding door kat tepi...ummi suka sebab nampak lebih luas dan terang

Pintu kat dalam gambar ni menuju ke master bedroom...

Inilah bakal bilik beradu ummi dan ayah...

Bilik air dalam master bedroom kami...

Haa...inilah rupa ruang dapur kami yang bakal jadi ruang bersantap kami sekeluarga dan juga sanak saudara dan rakan taulan...


Bilik tidur ke2...takdelah besar sangat tapi selesa untuk anak bujang kami bila besar nanti...

Bilik tidur ke3 yang sama saiz dengan bilik tidur ke2...bezanya cuma ada tingkap extra

Bilik air untuk kegunaan sekeluarga dan tetamu...

Bilik utiliti...hrmmm, kena kreatif lebih ni nak kasi bilik ni nampak besar...;-p

Gambar dekat ruang kering kat belakang dapur yang bakal bertukar wajah kepada wet kitchen...in sha Allah





Lagi close up ruang kering kat belakang rumah...



Tanah kat sekeliling rumah kami...walaupun xbanyak mana tapi kami happy sebab boleh main kejar-kejar keliling rumah...ahak ahak ahak ;-D

Anjung tempat untuk melepak petang-petang sambil minum kopi...

Car Porch yang boleh muat dua buah kereta



Gambar keseluruhan rumah dari sudut berbeza...

Petang semalam masa melawat rumah, tanah kat depan rumah ni masih belum dikorek lagi...harini sampai-sampai tengok tanah dah dikorek dan tak boleh lalu ngan kereta dah...




Ni gambar rumah jiran kami sebelah kanan...inilah rumah Type A1 yang ummi mula-mula berkenan masa tengok brochure tu...projek perumahan ni rumahnya dibina bercampur-campur dan berselang seli antara banglo setingkat Type A, banglo setingkat Type A1 dan banglo 2 tingkat...sebenarnya ni 1st time ummi tengok projek perumahan yang bercampur-campur macam ni...ke ummi yang ketinggalan keretapi??? ;-p



Thursday 2 May 2013

Uniform Baru Abang...2 Mei 2013

Salam semua...hari ni buat pertama kalinya abang pakai uniform baru taska abang ni...Taska Kreatif Campus Presint 8, Putrajaya. Hrmmm...terbesar pulak uniform abang ni, bukan ummi yang bagi saiz tau...beberapa hari lepas masa ambil abang balik dari taska memang cikgu yang bagi uniform ni...dah siap sulam nama abang di baju dan seluarnya. Parents tak dibagitau pun tentang uniform ni...yang ummi dimaklumkan harganya RM35.00 sepasang dan kena pakai setiap Isnin dan Khamis....so, ummi pun redha jelah dengan saiz uniform abang ni walaupun nampak macam baju pinjam...malas nak banyak songeh...small matter je. Lagipun cikgu-cikgu kat taska jaga anak-anak ummi dengan baik, in sha Allah...

Siap nak bawak berus gigi g taska tu...ummi ikutkan aje sebab mood abang pagi ni xberapa baik...tengok muka tu, tak ceria langsung buah hati ummi sorang ni...kaki seluar abang tu bukan sekali bukan dua kali tapi tiga kali ummi kena lipat...labuh sangat. Tak encem dah anak ummi pakai baju besar gedabak tu...hehehehee