Selamat Datang Ke Blog Keluarga Kami

Selamat Datang Ke Blog Keluarga Kami...di sini segala kisah suka duka pahit manis keluarga kami direkodkan sebagai kenangan terindah di masa hadapan.

Saturday 13 July 2013

Kek Gula Hangus / Sarang Semut

Abaikanlah gambar sekeliling bekas kek tu yek...ummi punya excited sebab buat kek Gula Hangus ni buat kali pertama dan hasilnya...seperti yang dilihat ;-) Sampai terlupa nak kemaskan keliling tu dulu sebelum ambik gambar. Seronok sungguh ummi tengok ke rupa sarang kek tu yang menjadi...dan-dan tu gak MMS gambar kat atas ni kepada tuan punya resepi asal...Gambar-gambar lain xde, xsempat nak ambik...dah selamat masuk dalam perut...

Resepi kek ni diberi oleh anak buah kat opis ummi...mekasih bebanyak ye Kak Jah...memang seperti yang Kak Jah cakap resepi ni sungguh mudah untuk dibuat...dan in sha Allah menjadi. Kat sini ummi kongsikan resepi yang dimaksudkan...boleh juga dijadikan rujukan diri sendiri dimasa-masa akan datang...

Bahan-bahan
  • 125gm mentega *ummi guna jenama buttercup
  • 2 cawan gula pasir
  • 1 cawan air
  • 6 biji telur ayam 
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 1/2 cawan tepung gandum (diayak)
  • 2 sudu kecil soda bikarbonat (diayak)
  • 1 penutup botol esen vanilla

Cara-cara
  1. Panaskan mentega sehingga cair, asing dan sejukkan.
  2. Panaskan gula sehingga cair dan berwarna keperangan. Kemudian masukkan air ke dalam gula yang telah cair, kacau dan sejukkan. Masa nak masukkan air ni kena hati-hati sebab dia akan meletup-letup dan gula panas tadi boleh memercik kena tangan.
  3. Sementara menunggu mentega dan gula perang tadi sejuk, barulah mula pukul telur, susu pekat dan esen vanilla sehingga kembang *ummi guna mixer aje...
  4. Bila telur dah kembang, masukkan tepung gandum dan soda bikarbonat, kacau hingga sebati.
  5. Masukkan mentega yang telah dicairkan dan kacau hingga sebati *ummi kacau guna spatula aje...
  6. Masukkan gula perang dan kacau hingga sebati. 
  7. Panaskan oven, masukkan adunan kek ke dalam dulang pembakar
    *ummi oleskan dulu dulang pembakar dengan mentega supaya tak melekat. 
  8. Bakar pada suhu 175 darjah celcius selama 30-45 minit atau sehingga masak.

SELAMAT MENCUBA ;-D  

Thursday 4 July 2013

Syurga Dunia Anak-anak



Walaupun badan penat setelah seharian bekerja...namun segalanya hilang dengan senyuman kebahagiaan dan kegembiraan anak-anak bila ummi bawa mereka bermain di taman permainan. Ummi prefer bawak anak-anak ke taman permainan pada hari bekerja kerana orang tak ramai...senang nak monitor pergerakan anak-anak. Anak-anak pun dapat bermain dengan bebas tanpa perlu berebut-rebut...

Monday 1 July 2013

Putihnya dia...anak sapelah ni

Habislah sebotol bedak dikorbankannya...sedar-sedar dah memutih lantai tu dengan bedak. Dah lama sebenarnya abang aim kat bedak tu...akhirnya kau milikku jua...hahahaha
 
Muka takut kena marahlah tu...hrmmm sayang anak ummi sorang ni...muuuaahhhh ummi dan ayah sayang abang tau