Selamat Datang Ke Blog Keluarga Kami

Selamat Datang Ke Blog Keluarga Kami...di sini segala kisah suka duka pahit manis keluarga kami direkodkan sebagai kenangan terindah di masa hadapan.

Sunday 6 January 2013

The Legend Beach Resort, Cherating Pahang - Part 1

Terimalah pantun dua kerat dari ummi...

Sambil menyelam minum air
Sambil berkursus kita berholiday ;-)

Masa nak g kursus ni sepatutnya ayah ikut sekali, tapi disebabkan ayah sedang sibuk bekerja dengan road show yang sedang dijalankan di Banting, Selangor maka terpaksalah ummi g dengan anak2 dan Mak Jan aje. Itu pun ayah gagahkan diri gak g antar kami ke Cherating nun...sampai aje sana, turun barang...ayah terus balik semula sebab ada rawatan malam nanti kat Banting. Xsempat nak tunggu check in sebab masa sampai tu bilik masih belum ada yang kosong lagi...

Walaupun tujuan utama ke Cherating ni adalah untuk berkursus, ada gak slot untuk family...ala2 sukaneka lah...jom layan suasana semasa aktiviti sukaneka yang sempat dirakam...

Sementara menunggu aktiviti bermula
Game untuk kategori kanak-kanak 1-6 tahun

Dalam game ni kanak2 atau mak/ayah perlu mengambil kertas berlainan bentuk setiap 1 (bulat, 4 segi sama, 4 segi tepat dan 3 segi). Bila dah cukup perlu berlari ke pengadil untuk pemenang. Siapa sampai dulu dengan kertas yang cukup dikira pemenang. Abang Iradi x menang pun game ni...pemenangnya adalah baby yang dalam dukung ayah dia (baju warna hitam sebelah ummi)...tapi bagi ummi menang dengan cara xsepatutnya...ada ke patut ayah dia g ambil banyak bentuk bulat (lebih dari 5 keping)...ummi nampak sendiri masa dia serah kat pengadil. Patutlah kita yang kat belakang ni cari bentuk bulat dah xde. Sepatutnya pengadil batalkan aje penyertaan dia kan...kan...kan...Hadiah game ni adalah hamper makanan ringan, so ummi xkisah sangat ah xmenang pun...cuma terkilan sebab orang tu bermain dan menang dengan cara x adil.

Aktiviti bebas...main lempar pasir kat ummi ;-)
Ummi posing ngan Mak Jan dan adik Hamdani
Masa ni sebenarnya ummi tengah main game pancing botol air mineral guna tali tangsi dengan paku...masalahnya abang Iradi dah bawak lari botol air ummi...so, automatik penyertaan ummi dibatalkan...heheheee
As usual...'FIRE'
Apa bendalah agaknya yang Mak Jan tengok sampai tersengih lebar tu...adik Hamdani maintain macho...

No comments: