Selamat Datang Ke Blog Keluarga Kami

Selamat Datang Ke Blog Keluarga Kami...di sini segala kisah suka duka pahit manis keluarga kami direkodkan sebagai kenangan terindah di masa hadapan.

Monday 25 February 2013

CNY – Jalan-jalan sekitar Putrajaya

 Cuti Chinese New Year yang lepas (10 & 11 Februari 2013), ummi dan Mak Jan bawak budak dua beradik ni ronda-ronda kat Putrajaya. Abang Iradi duk nangis2 nak g taman…suruh makan nasi pun xnak selagi xdapat g taman. Nak taknak terpaksalah ummi bersetuju utk bawak abang g taman tapi dengan syarat kena makan nasi dan tido dulu. Ngan muka sedih dia…abang pun terpaksa gak ah telan nasi yang ummi suapkan…janji dapat g taman ;-) pas makan terus tido dalam buai ajaibnyalah…tapi kuasa Allah petang tu hujan, so xdapat ah ummi nak bawak g taman kan….abang lak bukak je mata pas tido, terus cakap “nak g aman”. Ummi bagitau ujan pun, dia xpeduli…tetap nak ummi tunaikan janji, pendek kata JANJI DITEPATI…chewahhh
Demi nak tunaikan janji ummi ngan abang, so tempat yang paling sesuai dituju adalah Alamanda, Putrajaya. Kat dalam tu ada playground berhampiran dengan Parkson.
1st time dok dalam trolly...nak pujuk turun main kat playgroud pun xnak...bila angkat aje, adik pun start berkaraoke...hehehehee

Dah start main...xnak kuar lak dari playground ni...

Lepas puas main kat playground tu, abang nak naik keta mainan yang berbayar ni lak…kopak ah duit syiling Mak Jan dok melayan karenah abang. …bukan seround dua mainnya…tapi ber round round…heheheee
p/s: Abang Iradi sekarang suka kalau bergambar tak nak tengok kamera...pastu wat muka macam tak perasan orang ambik gambar dia...macam gambar kat atas nilah ;-p
 
Dah abis duit syiling Mak Jan dikorbankan budak dua beradik ni, kena teman ummi g beli barang dapur ah pulak kat Big AEON (dulu Carrefour). Dalam duk beratur nak bayar barang yang dibeli tu, abang nampak gula-gula batang Chupa Chups tu…so dia nak. Adik nampak ummi beli kata bang, dia pun nak sama ah…akhirnya dapat sebatang sorang…tapi lum sempat bayar lagi adik dah start nyanyi sakan suruh ummi bukak…dahlah nak bukak benda alah tu payah kemain…berjurai2 segala air mata…air idung…air liur adik selagi xdapat hisap gula-gula dia tu…..siap tarik suara tinggi sampai xkuar suara tu…hok alah, awat uduh ngat peel tu sayang ooiii…bila dan start menghisap…nilah rupanya…

Sedap maaa...


Model Chupa Chups...
Adik Hamdani dah dapat apa dihajati...hisap sungguh dia, xpeduli dah kat orang sekeliling...
 
 
Hari kedua CNY lak kami jalan-jalan kat sekitar masjid Putrajaya…petang-petang hari cuti kat dataran masjid Putrajaya agak happening dengan pelbagai aktiviti keluarga. Ada jualan pelbagai permainan gak kat situ.  Dalam dok pusing-pusing tu sampai ah kat tempat sewa kereta/motor mainan ni…RM10 untuk 15minit. Abang dah mula pegang-pegang keta dan moto tu…ummi dah faham dah…so ummi sewalah 15minit untuk anak teruna ummi ni main. Adik ummi xberani bagi main lagi…kecik sangat lagi…kang xpasal-pasal jatuh sape susah….so, adik tengok telan air liur jelah ye…sian anak ummi kan…huhuhu

Posing sakan ngan keta polis nih...abang cam biasa, wat muka pandang ke arah lain. Adik dapat naik bergambar kejap pun jadilah...buat hilang mengidamnya...


Nota : Faedah yang ummi dapat bila bagi abang main motor ni adalah ummi dah xjadi nak beli motor/keta mainan macam ni as a birthday present coz ummi tengok muka abang tadi macam xsyok mana pun…ummi yang dok control keta tu guna remote, abang xnak sangat tekan pedal minyak tu…so, ada hikmah ummi korbankan RM10…selamatlah duit ummi beratus-ratus dari beli motor/keta mainan tu…heheheheee citer kat ayah yang ummi dah xde perasaan nak beli keta mainan tu, ayah kata “baguslah…dulu lagi abang xbagi tapi ira berkeras nak gak” ;-p selalu macam tu tau, ummi dok selak sakan nakkan sesuatu tapi ayah larang…pasti ummi berkeras sampai berjaya pujuk ayah untuk bersetuju…tapi akhirnya ummi sedar sendiri yang benda tu xpenting dan xperlu beli pun sebenarnya…apa ke peel daaa orang tua cakap xnak dengar…oppsss, silap…orang lama lahhh



No comments: