Selamat Datang Ke Blog Keluarga Kami

Selamat Datang Ke Blog Keluarga Kami...di sini segala kisah suka duka pahit manis keluarga kami direkodkan sebagai kenangan terindah di masa hadapan.

Saturday 20 April 2013

KU007 : Our Home Sweet Home - Part 1

Sebaik je kami dah settle urusan kat pejabat pemaju MBAS Jaya pada petang 14 April 2013, dengan penuh semangat kami menuju semula ke tapak pembinaan walaupun hari dah petang...kali ni nak g tengok bakal rumah kami lak...pihak pemaju bagitau projek ni dah 65% siap. Seronok sungguh rasa hati bila dapat tengok rumah kami depan mata...siap ambik gambar lagi...tapi tak banyak sangat, bateri handphone dah kong... Kami berdoa sangat agar projek ni dapat berjalan lancar dan tak jadi projek terbengkalai...ameen Ummi nak cite panjang-panjang xpandai nak karang...so, jom kita tengok gambar rumah jelah dulu ye...

 Pandangan dari hadapan rumah
 Pandangan dari belakang rumah. Kat tempat ummi berdiri nilah kami bercadang untuk tambah wet kitchen...
Ummi dan adik Hamdani berposing dekat car porch


Esoknya (15 April 2013) kami kena g pejabat peguam pulak untuk urusan Perjanjian Jual Beli. Dh settle urusan kat sana, kami g sambung tengok rumah lagi...heheheee...nanti ummi masukkan gambar dalam entri lainlah ye...Kisah urusan Pembelian Jual Beli pun ummi cadang nak buat entri khas nanti...sabar ye semua...

Wednesday 17 April 2013

KU006 : Urusan di Pejabat Pemaju MBAS Jaya

Selepas dah putuskan untuk beli Banglo Type A, petang tu jugak (14 April 2013 ) kami terus ke pejabat pemaju MBAS Jaya untuk urusan pembelian dan pemilihan lot...ingatkan sekejap je urusannya, rupanya lama gak...nak pilih lot aje dah macam-macam kriteria yang kami nak...nak jiran melayulah...nak lot tepilah...nak mengadap kawasan lapanglah...nak lampu jalan depan rumahlah...nak berhampiran jalan utama tapi tak nak lorong jalan utama yang sibuklah... tapi xdapat nak penuhi semua kriteria tu, lagipun lot-lot yang tinggal dah tak banyak dah...

Sedang berkira-kira nak pilih lot mana satu...
Kameraman sedang ambil gambar rumah kami... ;-D
Akhirnya setelah dicongak-congak...kami sepakat memilih lot yang dalam petak tu atas sebab-sebab berikut...
  • Jiran depan Melayu (sederet tu memang reserve lot Melayu), sebelah kanan Melayu, sebelah kiri belum ada pembeli (kami beli international lot sebab lot Melayu dah habis untuk banglo Type A). Ada satu lot international yang mengadap kawasan hutan/tanah lapang yang ayah berkenan, tapi jiran kiri kanan rumah belum ada pembeli...ummi lebih suka berjiran dengan orang Melayu...dibuatnya bakal pembeli tu non Malay dan bela anjing ke, ummi rasa macam xbest je sebab rumah tu kami nak duduk lama...
  • Tak dapat end/corner lot, 2nd end lot pun jadilah...sebenarnya dah takde end lot yang kosong. Yang ada pun untuk banglo 2 tingkat macam rumah sebelah kiri kami (end lot)
  • Lampu jalan akan dipasang berhadapan rumah jiran sebelah kanan kami...kira terang jugaklah sebab tak jauh ngan rumah kami...
  • Jalan nak masuk rumah kami bukan jalan utama...secara umumnya jalan tu akan digunakan oleh penghuni lorong kami jelah...

Seterusnya dipersembahkan model Banglo Type A pilihan kami...





KU005 : Projek Perumahan Kulim Utama, Kulim Hi Tech

Seperti yang dirancang, pada hujung minggu lepas kami sekeluarga balik ke Kulim untuk meninjau projek Perumahan Kulim Utama, Kulim Hi Tech...secara spesifiknya nak g tengok rumah contoh banglo Type A1 yang ummi berkenan masa tengok brochure yang diemelkan oleh Nur dari MBAS Jaya...lupa nak bagitau sebelum ni ayah dah pernah g tinjau projek perumahan ni, tapi ayah kata tengok live macam terpikat dengan banglo Type A yang berharga RM308,000.00 tu...sebab designnya nampak lebih luas dan nampak lagi mahal dari banglo Type A1 walaupun saiz build upnya kecil sedikit berbanding banglo type A1. Apa pun, ayah cakap xpe kita g tengok dulu sama-sama. 


Brochure Banglo Type A

Bila dah sampai kat tapak projek/rumah contoh, hati ummi pun dah jadi berbelah bagi....awat jadi lagu ni? Awat dari luar ni nampak Banglo Type A lagi cantik dan besar dari Banglo Type A1? Takpe...kita tengok design dalam lak. Kan ummi lebih kerkenan dengan design Banglo Type A1 tu (dalam brochure...) Kacau sungguhlah...masuk dalam pun, hati ummi lebih jatuh cinta dengan design Banglo Type A berbanding Type A1...ruang tamu nampak lebih luas dan kalau nak renovate pun dah dapat idea nak buat macam mana...siap ada ruang sesuai lagi kalau nak tambah dapur basah. Tapi kalau Banglo Type A1 ruang tamunya nampak lebih sempit...mungkin sebab dinding bilik tidur ke2 yang menyebabkan ruang tamu tu nampak kecil. Lagi 1, Banglo Type A1 ni nampak macam susah sikit nak renovate...nak tambah dapur basah pun dah xde ruang...banglo ni dah dibina dengan saiz bilik-bilik tidur dan dapur yang lebih besar sedikit berbanding Banglo Type A. Lebih tanah keliling rumah antara kedua-dua jenis banglo ni tentulah Banglo Type A lebih besar sedikit sebab saiz rumahnya kecil sedikit tapi xjauh mana sangat pun bezanya.

Banyak kali jugaklah ummi ulang alik kedua-dua rumah contoh ni nak buat perbandingan...sebenarnya lebih kepada sebab tak puas hati kenapa ummi lebih sukakan Banglo Type A ni lak...puas gak kami berbincang laki bini nak ambik yang mana satu...lepas tolak tambah darab bahagi segala pro and cons...tung tang tung tang...akhirnya kami sepakat untuk ambik Banglo Type A...Antara sebab utama pilihan Banglo Type A dibuat adalah... 

  • Jimat RM 37,000.00. Duit tu nati boleh guna untuk tambah wet kitchen dan beli keperluan rumah baru...in sha Allah cukup duit tu untuk buat semua coz ayah sendiri akan jadi kontraktor dan Interior Designer untuk Rumah Idaman Kami...
  • Build up Type A ni pun tak jauh beza dengan Type A1 iaitu 27 X 48 berbanding 29 X 51...
  • Ruang makan Type A boleh dijadikan ruang family / besarkan ruang tamu, then ruang dapur dijadikan ruang makan + dry kitchen...tapi ruang makan Type A1 memang kena jadikan ruang makan sebab dapur agak sempit kalau nak letak meja makan kat situ...unless sanggup pecahkan dinding bilik ke2 dan jadikan ruang makan disitu (rugi satu bilik dah...)
Type A1 - Ruang Tamu + Ruang Makan (sebelah tu dinding bilik tidur ke2, belakang tu dinding dapur)
Type A - Ruang Tamu + Ruang Makan (tempat ayah berdiri tu kitchen asal)
      
 Semoga pilihan kami ini tepat...in sha Allah...

Monday 8 April 2013

KU004 : Rumah Contoh - Banglo Type A1, Kulim Utama

Sebelum kami g tengok rumah di Kulim, ummi dah mintak pemaju iaitu pihak MBAS Jaya hantar beberapa gambar dulu kepada ummi...untuk cuci mata dan nak buat penilaian awal...kami berurusan dengan staff MBAS Jaya yang bernama Nur. Lemah lembut dan penyabar orangnya.
Ni ummi kongsi gambar-gambar rumah contoh Banglo Type A1, Kulim Utama yang diemelkan kepada ummi untuk tatapan semua...
 Brochure Banglo Type A1
 Rumah sedang dalam pembinaan
 Rumah Contoh - hadapan
 Rumah Contoh - hadapan (sisi)
 Rumah Contoh - Tanah Belakang (sisi) 
 Rumah Contoh - Tanah Tepi Kanan
Rumah Contoh - Tanah Tepi Kiri
Banglo Type A1 - Dalam
Kelebihan rumah ni yang jarang nak dapat kalau beli rumah baru ialah pemaju dan buat pagar tembok sekeliling rumah...selalunya orang buat pagar dawai hijau tu je kan...yang ni ummi suka suka suka
Kekurangan rumah ni yang masih ummi pertimbangkan ialah pagar tembok belakang kongsi dengan jiran belakang...maknanya xde jalan/pintu pagar kat belakang rumah...kiranya pintu pagar untuk keluar masuk hanya kat depan je...huhuhu...

Sunday 7 April 2013

KU003 : Perbandingan Rumah di Pahang dan Kedah


Setelah memutuskan untuk membeli rumah untuk dijadikan tempat berteduh di hari tua (sekarang teruskan duduk kuarters dulu), bermulalah episode perbandingan rumah yang berkenan dihati iaitu samada Semi D di Pahang atau Banglo di Kedah… In sha Allah kalau xde aral, hujung minggu ni kami sekeluarga akan balik Kedah untuk tengok banglo yang diidamkan (kalau ada rezeki...). Kalau berkenan nanti, kami akan terus uruskan proses pembelian...

Kriteria
Semi D di Pekan, Pahang
Banglo di Kulim Hi Tech, Kedah
Jenis
Semi D, corner lot
Banglo
Kategori
Bumi Lot
Non Bumi Lot
Harga
RM297,350.00
RM345,000.00
Build Up
35 X 28 (980)
29 X 51 (1479)
Land Area
> 3000
45 X 80 (3600)
Jangka Siap
Disember 2015
April 2014
Catatan
  • Saiz rumah kecil. 
  • Ummi di Putrajaya, Ayah di Kedah…sekali sekala balik ke Pahang.
  • Kongsi dinding dengan jiran, tak boleh main kejar-kejar keliling rumah…hehehee
  • Projek belum mula dan tiada rumah contoh disediakan.
  • Saiz rumah lebih besar.
  • Ummi di Putrajaya, Ayah di Kedah dan boleh jaga rumah…nak renovate pun mudah sebab ayah boleh uruskan.
  • Boleh main kejar-kejar keliling rumah…hehehee
  • Projek dah 65% siap (fasa 2) dan ada rumah contoh untuk dikunjungi.

Saturday 6 April 2013

Karnival Komuniti Puncak Puteri

~Entri Tertunggak Tahap ........ (sila isi tempat kosong) ~

KARNIVAL KOMUNITI PUNCAK PUTERI
PARLIMEN PUTRAJAYA
16 MAC 2013

1st time ummi join karnival ni semenjak tahun 2005 ummi dok keje kat Putrajaya (xpastilah pulak karnival ni ada tiap tahun atau tahun ni aje....maklumlah nak mengundi tak lama lagi kan... ;-p) Kalau harapkan ummi, xperginyelah ke tempat macam ni, tambah nak bawak budak encem tu ha...tapi memandangkan Mak Jan dengan muka ceria cakap nak g ah...mana tau dapat cabutan bertuah menang cincin emas....ummi pun ikut jelah

Pagi tu kami bersiap awal, xsempat breakfast kat rumah pun...disebab makan pagi disediakan di tapak karnival, so nak gak merasa makan kat sana kan...kami pergi bertiga aje...ummi, Mak Jan dan Abang Iradi. Adik Hamdani ummi xbawak, kesian nak kejutkan pagi2...so adik tinggal kat rumah ngan Ayah...Masa sampai kat tapak karnival, aktiviti senamrobik sedang berjalan. Kami x ambik port pun...terus g cari meja pendaftaran untuk dapatkan nombor cabutan bertuah (objektif utama kan nak dapatkan cabutan bertuah...hehehee). Lepas daftar, kami terus beratur untuk breakfast....seeedaaaappp sangat nasi lemak yang disediakan ni. Abang Iradi pun makan sampai habis nasi lemak dia...ummi lak siap g tambah 2nd round tu...memang sedap...dengan nasinya yang lembut, sambal yang sesedap rasa xpedas dan xmanis sangat...telur mata pun best...pinggan ummi yang ada 2biji telur mata tu....
Berposing depan banner....bukti tu Mak Jan join program UMNO Putrajaya...hik hik hik...
Khuyuk giler budak encem ni tengok abang-abang bersilat....siap ah kat rumah nanti dia tiru. Yang jadi mangsanya sape lagi kalau bukan adik Hamdani... ;-p



Aksi yang tidak boleh ditiru...3buah motorsikal disusun sebaris, then pesilat membuat lompatan tanpa sebarang alat bantuan....


Yang ni lak aksi-aksi  melompat gelung api oleh pesilat-pesilat...
Muka khusyuk + mengantuk + kontrol hencem (bila tau ummi nak ambik gambar dia)
Persembahan dikir barat oleh adik-adik dari Sek. Keb. Putrajaya Presint 14
Ketibaan VIP YBM Datuk Seri Utama Tengku Adnan bin Tengku Mansur (Ahli Parlimen Putrajaya)







Aktiviti yang ditunggu-tunggu oleh Abang Iradi....main batu...main kejar-kejar...main lari-lari...dapat kawan baru...sampai bermandikan peluh dibuatnya. Ummi biarkan aje, bukan selalu abang dapat main macam ni...panas terik pun dah xdihiraukan bila dah mula main...

Antara aktiviti sukaneka yang diadakan...

Kesimpulannya, penat aiihh kawe datang karnival ni...dan xbest sebab xmenag apa2 cabutan bertuah pun....huhuhu :-(

Friday 5 April 2013

KU002 : Kriteria Rumah Idaman

Rumahku syurgaku…itulah yang ummi dan ayah harapkan dalam usaha mencari rumah untuk tempat kami berteduh dihari tua nanti…kriteria penting bagi kami berdua yang mesti dipenuhi sebelum membeli sebuah rumah antaranya adalah…
  • Status Freehold atau Leasehold?
    • Kami sama-sama sepakat untuk membeli rumah yang berstatus freehold. Memanglah harganya lebih mahal berbanding leasehold tapi status hakmilik kekal tu penting bagi kami. Rumah tu nanti mestilah nak diwariskan kepada anak cucu…so, kalau dah status hakmilik kekal, xperlu dah anak cucu susah payah nak fikir tentang status rumah tu berbanding kalau beli leasehold yang biasanya dipajak maksimum 99 tahun (itupun belum tentu bakinya 99 tahun masa dibeli, selalunya kuranglah)…nanti bila cukup tempoh pajaknya nak kena renew pulak ke apa ke untuk kekal memiliki rumah tersebut…
 
  • Rumah Baru atau 2nd hand?
    • Pada asalnya, kami tak kisah sangat samada rumah baru atau 2nd hand. Ingatkan rumah 2nd hand murah banyak berbanding rumah baru. Tetapi setelah membuat perbandingan rumah-rumah yang telah di survey, kami dapati rumah-rumah 2nd hand yang kami minat harganya xjauh beza dengan rumah baru…lebih mahal dari rumah baru pun ada. Antara kelebihan rumah 2nd hand ni, selalunya dah ada keperluan asas seperti grill dan mungkin dah dibuat sedikit renovation. So, dah boleh jimat kat situ. Tapi belum tentu renovation yang dibuat tu menepati citarasa dan selera bakal pembeli…lagi 1, kalau rumah 2nd hand ni, kita dah boleh tengok suasana kejiranan kat situ samada sesuai dengan gaya hidup kita atau tidak. Contohnya masa kami g tinjau satu rumah Semi D yang nak dijual kat area Salak Tinggi (dapat tau melalui iklan di mudah.my), 1st time masuk area taman tu, ummi dah rasa tak seronok sebab tengok macam masing-masing buat hal sendiri aje…ummi kalau boleh nak gak dapat jiran yang ramah mesra macam ala-ala kat kampung tu…heheheee 
    • Selepas tinjauan demi tinjauan yang telah dibuat, kami sepakat untuk membeli rumah baru. Tak perlu susah payah nak fikir tentang kos baikpulih rumah sekiranya kami membeli rumah 2nd hand. Dengan harga barang sekarang yang mahal lagi…tup-tup nanti kos baikpulih dan renovate rumah aje dah buat harga rumah tu lebih mahal dari rumah baru. Cuma risiko yang paling ditakuti bila beli rumah baru ni ialah kalau projek perumahan tersebut terbengkalai…alamatnya menangis air mata darahlah kami…huhuhuhu bab jiran tu pulak kena redha gak, cuma kami akan cuba cari rumah yang dapat jiran sebelah menyebelah melayu…amen
 
  • Apartment / Condo / Teres / Semi D / Banglo?
    • 1st requirement, kami nak rumah atas tanah…senang nak parking kereta dalam kawasan rumah. Kalau tertinggal barang dalam rumah pun just bukak pintu rumah dan ambil barang…tapi kalau dok apartment/condo, memang jauhlah sikit petak parking dengan rumah kan…nak patah balik rumah ambil barang yang tertinggal pun rasa macam bercinta aje aka malaslah tu…so secara automatiknya rumah apartment dan condo tidak memenuhi kriteria kami.
    • 2nd requirement kalau boleh kami nak rumah yang ada tanah tepi, mana tau ada rezeki lebih nanti boleh besarkan rumah. Paling tidak pun ada tempat untuk anak-anak main lari-lari waktu petang atau boleh gak bercucuk tanam atau buat mini garden….amboi angan-angan tinggi melangit xingat poket…
    • Pilihan yang kami ada ialah dengan kriteria yang kami mahu ialah teres corner lot / Semi D / banglo…hrrmm perlu pertimbangan lagi
 
  • Nak beli area mana?
    • Since sekarang ummi kerja kat Putrajaya, kalau boleh nak beli rumah di Putrajaya atau kawasan berhampiranlah kan…tapi harga rumah kat sini, mak oiiii melampau sangat. Macam sengaja tak nak bagi golongan berpendapatan macam kami ni untuk beli rumah area sini. Pernah jumpa iklan kat mudah.my, rumah teres 2 ½ tingkat corner lot macam kuarters ummi duduk sekarang kat Presint 8 nak dijual dengan harga 780K. Bukan tak mampu…tapi kami cuma mampu telan air liur jelah…
    • Ummi jumpa iklan kat mudah.my nak jual tanah dan rumah banglo (projek baru) di Olak Lempit dengan harga RM313,100 – RM537,100 untuk build up 1160 – 2560 dan land area 5100. Ummi dan ayah tergoda habis dengan design rumah yang diemelkan dan harga yang ditawarkan (RM367,500.00, build up 1500, land area 5100). Ayah sampai sangggup balik dari Kedah nun untuk nak g uruskan pasal rumah ni. Lepas bercakap dengan agen tu melalui telefon, kami memang dah plan nak jumpa dan buat urusan pembelian. Ditakdirkan Allah, sedang ayah bersiap-siap tu ummi pun gatal tangan bukak FB tengok latar belakang company dan projek rumah tu. Tengok-tengok projek tu dah mula diiklankan sejak tahun 2011 dengan design dan harga yang sama….huh…apa kes ni. Kami dah xsedap hati dan decide nak g tengok tapak rumah dulu sebelum jumpa agen. Masa bagitau agen kami nak g tengok tapak rumah dulu, baru agen tu bagitau kami kat tapak tu masih belum mula apa-apa lagi. Kalau kami g tengok pun memang masih ada pokok kelapa sawit lagi kat tapak tu dan macam-macam lagi agen tu cakap…dipendekkan cerita, kami tetap g tengok tapak tu, cari punya cari tapi xjumpa jugak walaupun dah ikut alamat yang diberikan oleh agen…so, keputusan muktamad JANGAN BELI…sedih tapi lega sangat…
    • Ada gak survey projek perumahan baru Semi D 1 tingkat dekat Bukit Changgang dengan build up 26 x 45 dan land area 37 x 75 harganya 335K selepas 7% bumi disc. Kami rasa macam mahal je dan area tu xdelah dekat sangat dengan Putrajaya. Berkenan gak dengan Semi D 1 tingkat dengan harga 340K berhampiran kawasan yang sama build up 24 x 52 dan land area 38 x 93 tapi design rumah tu living room tak de tingkaplah pulak…kalau nak besarkan living room pun dah xleh sebab sebelah kanan master bedroom sebelah kiri dinding kongsi ngan jiran sebelah. Dinding depan dah buat pintu rumah, dinding belakang dah kongsi ngan bilik air….awatlah depa design rumah ni lagu tu ek? Sah-sahlah kami xjadi nak beli sebab kami suka ruang yang lapang dan terang. Mesti ada tingkap kat living room barulah cantik kan…
    • Ada g lawat satu projek perumahan baru dekat Dengkil, Taman Harmoni kalau tak silap. Tak sempat tengok kawasan dalam pun, tengok papan iklan dia aje, tayang harga yang diluar kemampuan kami…so, no no no
    • Since kami nak rumah yang selesa tapi murah untuk dijadikan tempat tinggal dihari tua, ayah cadangkan untuk beli rumah di Kedah. Rumah kat sana masih dalam kategori mampu milik. Ayah pun dah pernah tengok satu projek perumahan kat Kulim Hi Tech cuma tak pernah dapatkan maklumat terperinci tentang projek tu.  Ideanya, kalau dah beli rumah yang jauh ngan tempat keje, buat masa sekarang kami kekal duk je kuarters dulu, lagipun tak tau sampai bila ummi keje kat Putrajaya ni. Kami pun ada gak usha-usha projek perumahan kat Pekan, Pahang. Kira macam nak buat perbandinganlah nanti antara rumah di Pahang dan di Kedah
 
  • Rumah setingkat / bertingkat-tingkat?
    • Kami sepakat nak rumah setingkat sahaja. Sebelum ni kami dah pernah menyewa rumah teres setingkat (masa bujang), rumah teres dua tingkat dan sekarang teres 2 ½ tingkat. Dari pengalaman-pengalaman tersebut, yang paling sesuai dan serasi dengan jiwa kami adalah rumah setingkat sahaja. Senang nak urus rumah setingkat ni berbanding rumah yang bertingkat-tingkat. Nak menyapu sampah dan mengemop lantai pun xpenat sangat. Dah takde nak kena sapu / mop tangga lagi…tak perlu turun naik tangga kalau tertinggal barang kat tingkat atas / bawah…tambah dengan anak-anak kecil lagi yang suka sangat main tangga. Even rumah sekarang 2 ½ tingkat, most of the time kami sekeluarga berkampung kat tingkat bawah aje. Tingkat 2 kami jadikan bilik tetamu dan bilik solat (dulu bilik Mak Jan). Tingkat ½ kat atas tu ada master bedroom dan bilik mandi (siap dengan bath tub)…tapi kami xtido kat sini, sekali sekala je naik kemas-kemas bilik. Kami anak beranak memang tido kat tingkat bawah, kami jadikan satu ruang kat tingkat bawah tu sebagai tempat tido (siap dengan katil lagi tu). Ada satu bilik kat tingkat bawah pulak kami jadikan bilik bersalin pakaian/solat….eh eh eh…ni dah lari topic lah pulak….hehehehee
 
  • Harga rumah?
    • Disebabkan ummi kakitangan tetap kerajaan, kami sepakat untuk menggunakan kemudahan pinjaman perumahan kakitangan awam yang disediakan. Dengan gaji ummi sekarang, kami layak untuk membuat pinjaman perumahan maksimum 380K. So, bakal rumah idaman kami nanti mestilah harganya tak lebih dari 380K…

     
    Kesimpulannya, Rumah Idaman Kami perlu berstatus freehold, rumah baru setingkat jenis Teres Corner Lot / Semi D / Banglo dengan harga maksimum RM 380K samada di Negeri Pahang atau Kedah…(ringan sikit kepala bila dah dapat listdown kriteria Rumah Idaman Kami)

Thursday 4 April 2013

BR1M 2.0 Mak Jan

***INTRO***
 Sebenarnya dah lama draf entri ni...tapi dok kesibukan yang teramat sangat, xsempat nak siapkan dan publish. Tapi akhirnya dapat jugak ditayangkan kat blog ni...sebagai kenangan di masa depan....cheewahhh
 
20 Februari 2013 yang lepas Mak Jan tepon ummi bagitau dia dapat sms mintak pergi ke Pejabat UMNO Cawangan Putrajaya untuk urusan pengambilan surat pengesahan penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2.0) pada 21-22 Februari 2013. So, ummi pun ambik time-off 21hb untuk teman Mak Jan g ke Pejabat UMNO Cawangan Putrajaya tu. 1st time g uruskan pasal BR1M ni, ingatkan xlama dan cepat aje...yelah nak g ambik surat je pun kan....tapi bila sampai kat sana, mak aiiiiii....panjangnya orang beratur. Siap pusing bangunan tu. Pejabatnya kat tingkat 4, fuhhhh...xdapat bayang eden penatnya nak beratur dari ground floor tu nak sampai ke tingkat 4 nun...kesian kat makcik-makcik yang dah tua....
Mak Jan siap lambai tangan kat adik Hamdani....heheheee

Apalah yang dicarinya dalam handbag ummi tu...
Ramainya orang beratur.....ish ish ish...makan biskut lagi best
 
Hampir 1 jam jugak menunggu Mak Jan. Ingatkan dapat terus baucar dan boleh g bank tunaikan...rupanya idok lagi. Dapat surat untuk g majlis penyampaian baucar tu aje..Pasni kena g majlis penyampaian baucar BR1M2.0 ni kat Dewan Komuniti Presint 11 lak pada 23hb...nasib baik hari cuti.
Akhirnya dapat gak baucar BR1M 2.0 Mak Jan. Meh begambor dulu sebelum Mak Jan g beratur untuk tunaikan terus baucar tu kat kaunter bank yang disediakan....
 
Sementara menunggu Mak Jan tunaikan baucar BR1M 2.0 tu, ummi bawak anak-anak g lepak kat playgroud ni dulu....suka sangatlah abang dapat main taman walaupun matahari tegak atas kepala. Adik lak asyik mengunyah...nyum...nyum...nyum...
Tadaa....sampul BR1M 2.0...macam sampul angpau raya...heheheee ;-p kat dalam tu ada RM250.00. Alhamdulillah, rezeki Mak Jan...

Dan yang bawah ni pulak rezeki anak-anak ummi, hadiah dari Mak Jan sempena dapat BR1M 2.0. Mekasih bebanyak Mak Jan....mmuuaahhhh
Model cilik yang pantang dapat baju baru....laju aje bergaya bila disuruh berposing...