Dalam bulan Mac 2013 ummi dan
ayah mula berkira-kira untuk membeli sebuah rumah untuk keluarga kami. Tengok
harga rumah sekarang yang melambung-lambung naiknya buat kita rasa macam tak
mampu je…tapi duk fikir sampai bila nak duk kuarters je…nanti dah pencen nak
duk mana lak? Masa tu nanti agak-agaknya masih mampu ke nak beli rumah? Nak
tunggu harga rumah jatuh ntah bila…macam menunggu kucing bertanduk… Pening
kepala jugak rupanya bila kita dah mula decide untuk memiliki asset berupa
sebuah rumah ni…mana tak peningnya, macam-macam kriteria yang perlu diambilkira…
Nak beli rumah 2nd atau rumah baru? Nak beli kat mana? Nak rumah
jenis apa? Berapa harga rumah yang mampu dimiliki? Rumah besar mahal bebeno, rumah kecik rasa xberbaloi… Dahlah
nanti nak commit untuk bayar ansuran rumah sampai pencen tu….fuiyyooo tarik
nafas panjang memikirkannya. Kadang-kadang sampai rasa desparate dan malas je
fikir pasal nak beli rumah ni. Bukan harga seratus dua atau seribu dua…tapi beratus
ribu tu…memang kena buat pilihan yang tepat sebelum buat keputusan muktamad.
Selepas google sana google sini,
tengok rumah contoh sana rumah contoh sini, banding harga rumah sana dan rumah
sini…tambah dengan kriteria-kriteria yang diingini, ummi rasa perlu list
downkan dulu segala pro and cons rumah-rumah yang kami dah tinjau…
No comments:
Post a Comment