Selamat Datang Ke Blog Keluarga Kami

Selamat Datang Ke Blog Keluarga Kami...di sini segala kisah suka duka pahit manis keluarga kami direkodkan sebagai kenangan terindah di masa hadapan.

Wednesday 17 April 2013

KU005 : Projek Perumahan Kulim Utama, Kulim Hi Tech

Seperti yang dirancang, pada hujung minggu lepas kami sekeluarga balik ke Kulim untuk meninjau projek Perumahan Kulim Utama, Kulim Hi Tech...secara spesifiknya nak g tengok rumah contoh banglo Type A1 yang ummi berkenan masa tengok brochure yang diemelkan oleh Nur dari MBAS Jaya...lupa nak bagitau sebelum ni ayah dah pernah g tinjau projek perumahan ni, tapi ayah kata tengok live macam terpikat dengan banglo Type A yang berharga RM308,000.00 tu...sebab designnya nampak lebih luas dan nampak lagi mahal dari banglo Type A1 walaupun saiz build upnya kecil sedikit berbanding banglo type A1. Apa pun, ayah cakap xpe kita g tengok dulu sama-sama. 


Brochure Banglo Type A

Bila dah sampai kat tapak projek/rumah contoh, hati ummi pun dah jadi berbelah bagi....awat jadi lagu ni? Awat dari luar ni nampak Banglo Type A lagi cantik dan besar dari Banglo Type A1? Takpe...kita tengok design dalam lak. Kan ummi lebih kerkenan dengan design Banglo Type A1 tu (dalam brochure...) Kacau sungguhlah...masuk dalam pun, hati ummi lebih jatuh cinta dengan design Banglo Type A berbanding Type A1...ruang tamu nampak lebih luas dan kalau nak renovate pun dah dapat idea nak buat macam mana...siap ada ruang sesuai lagi kalau nak tambah dapur basah. Tapi kalau Banglo Type A1 ruang tamunya nampak lebih sempit...mungkin sebab dinding bilik tidur ke2 yang menyebabkan ruang tamu tu nampak kecil. Lagi 1, Banglo Type A1 ni nampak macam susah sikit nak renovate...nak tambah dapur basah pun dah xde ruang...banglo ni dah dibina dengan saiz bilik-bilik tidur dan dapur yang lebih besar sedikit berbanding Banglo Type A. Lebih tanah keliling rumah antara kedua-dua jenis banglo ni tentulah Banglo Type A lebih besar sedikit sebab saiz rumahnya kecil sedikit tapi xjauh mana sangat pun bezanya.

Banyak kali jugaklah ummi ulang alik kedua-dua rumah contoh ni nak buat perbandingan...sebenarnya lebih kepada sebab tak puas hati kenapa ummi lebih sukakan Banglo Type A ni lak...puas gak kami berbincang laki bini nak ambik yang mana satu...lepas tolak tambah darab bahagi segala pro and cons...tung tang tung tang...akhirnya kami sepakat untuk ambik Banglo Type A...Antara sebab utama pilihan Banglo Type A dibuat adalah... 

  • Jimat RM 37,000.00. Duit tu nati boleh guna untuk tambah wet kitchen dan beli keperluan rumah baru...in sha Allah cukup duit tu untuk buat semua coz ayah sendiri akan jadi kontraktor dan Interior Designer untuk Rumah Idaman Kami...
  • Build up Type A ni pun tak jauh beza dengan Type A1 iaitu 27 X 48 berbanding 29 X 51...
  • Ruang makan Type A boleh dijadikan ruang family / besarkan ruang tamu, then ruang dapur dijadikan ruang makan + dry kitchen...tapi ruang makan Type A1 memang kena jadikan ruang makan sebab dapur agak sempit kalau nak letak meja makan kat situ...unless sanggup pecahkan dinding bilik ke2 dan jadikan ruang makan disitu (rugi satu bilik dah...)
Type A1 - Ruang Tamu + Ruang Makan (sebelah tu dinding bilik tidur ke2, belakang tu dinding dapur)
Type A - Ruang Tamu + Ruang Makan (tempat ayah berdiri tu kitchen asal)
      
 Semoga pilihan kami ini tepat...in sha Allah...

No comments: