Selamat Datang Ke Blog Keluarga Kami

Selamat Datang Ke Blog Keluarga Kami...di sini segala kisah suka duka pahit manis keluarga kami direkodkan sebagai kenangan terindah di masa hadapan.

Sunday 7 April 2013

KU003 : Perbandingan Rumah di Pahang dan Kedah


Setelah memutuskan untuk membeli rumah untuk dijadikan tempat berteduh di hari tua (sekarang teruskan duduk kuarters dulu), bermulalah episode perbandingan rumah yang berkenan dihati iaitu samada Semi D di Pahang atau Banglo di Kedah… In sha Allah kalau xde aral, hujung minggu ni kami sekeluarga akan balik Kedah untuk tengok banglo yang diidamkan (kalau ada rezeki...). Kalau berkenan nanti, kami akan terus uruskan proses pembelian...

Kriteria
Semi D di Pekan, Pahang
Banglo di Kulim Hi Tech, Kedah
Jenis
Semi D, corner lot
Banglo
Kategori
Bumi Lot
Non Bumi Lot
Harga
RM297,350.00
RM345,000.00
Build Up
35 X 28 (980)
29 X 51 (1479)
Land Area
> 3000
45 X 80 (3600)
Jangka Siap
Disember 2015
April 2014
Catatan
  • Saiz rumah kecil. 
  • Ummi di Putrajaya, Ayah di Kedah…sekali sekala balik ke Pahang.
  • Kongsi dinding dengan jiran, tak boleh main kejar-kejar keliling rumah…hehehee
  • Projek belum mula dan tiada rumah contoh disediakan.
  • Saiz rumah lebih besar.
  • Ummi di Putrajaya, Ayah di Kedah dan boleh jaga rumah…nak renovate pun mudah sebab ayah boleh uruskan.
  • Boleh main kejar-kejar keliling rumah…hehehee
  • Projek dah 65% siap (fasa 2) dan ada rumah contoh untuk dikunjungi.

No comments: