Selamat Datang Ke Blog Keluarga Kami

Selamat Datang Ke Blog Keluarga Kami...di sini segala kisah suka duka pahit manis keluarga kami direkodkan sebagai kenangan terindah di masa hadapan.

Monday 31 December 2012

i-City, Shah Alam - 2nd Trip (Part 2)

Kisah kat i-City, Shah Alam yang ni adalah sambungan daripada sini. Setelah puas berendam dan main air kat WaterWorld (elok2 aje nak kuar tu, hujan mula turun dengan lebatnya...alhamdulillah rezeki kami dapat main dulu sebelah pagi tu...), next station yang dituju tak lain tak bukan adalah Snowalk ah pulak. Pas siap solat Asar dan makan serba ringkas wat alas perut, kami semua pun mula masuk Snowalk.

Kat dalam Snowalk ni memang sejuk sangat2...tapi boleh kuar masuk berulang2 kali. Baju sejuk ada disediakan percuma. Kalau nak sewa stokin dan kasut khas pun ada disediakan, RM10.00 sepasang. Ummi sewa gak kasut tu 2 pasang untuk abang Iradi dan Mak Jan. Kat dalam tu ada ruang legar yang disediakan untuk panaskan badan semula sebelum sambung meneroka Snowalk.

Kat dalam ni ada cite yang xboleh dilupakan...nak dijadikan cite, cucu Ngah iaitu Afif ntah macam mana boleh hilang. Masa tu ummi xmasuk ngan mereka semua. Ummi ngan adik Hamdani tunggu kat ruang legar tu aje..nanti gilir2 ah ngan sape2 yang dah kesejukan kat dalam tu utk jaga adik Hamdani...boleh bawak masuk tapi ummi kesian kat adik sebab kat dalam tu sejuk sangat. Bawak masuk pun kejap aje untuk bergambar kenangan ramai2 sebelum balik. 

Berbalik pasal cite si Afif tadi, dia kata dia nampak ada sorang budak pempuan pakai baju sejuk merah...dia ingatkan Wafi, so dia ikut budak tu...tup2 dia sedar yang dia dah salah orang. Tapi cerdik jugak si Afif ni, dia cari jalan kuar dan g duk kat ummi. Masalahnya ummi xperasan pun dia datang kat ummi sebab kerusi kat ummi duduk tu dah penuh...so dia duk jauh sikit ah ngan ummi. Ummi cuma perasan kewujudan Afif masa nak bawak adik Hamdani pusing2 kat dalam tu...tiba2 nampak dia. Terkejut gak ummi...tanya kenapa Abang Long xmasuk ngn nenek? Baru aje dia nak mula bercerita....tetiba sampai ah rombongan Cik Kiah yang kat dalam tu yang hati masing2 resah bagai nak rak sebab kehilangan si Afif ni...so bermulalah drama dan cerita macamana masing2 rasa nak gugur jantung bila Afif hilang...maunya tak risau...mak ayah budak tu dah ah jauh kat Pahang nun....Apa pun, alhamdulillah semuanya selamat. 
Sempat lagi adik Hamdani berposing di ruang legar Snowalk
 
 



Nilah antara rupa cool budak comel yang tak kenal erti sejuk kot...
Ummi bergambar kenanngan dengan anak-anak tersayang
Memek muka memasing yang sedang menahan kesejukan...heheheheee
Mak Syam sekeluarga
Mak Syam, Shahmi Wajdi, Shazwina Wafi dan Shafi An-Najlah
Pakcik Shahid, Shahmi Wajdi, Shazwina Wafi dan Shafi An-Najlah
Sejuknya.....

Bergambar kenangan bersama di Snowalk


Gambar 2 keping kat bawah ni adalah akiviti terakhir sebelum bertolak balik ke rumah penginapan. Best jugak main Mini Race Car ni...untung gak ummi anak2 masih kecik, boleh merasa main benda alah ni tanpa rasa malu dah bersalah....konon bawak anak2 main ah...padahal umminya sama excited nak main...hahahahaa

Abang Afif dan Shahmi Wajdi
Ummi dan anak-anak...abang Iradi xhabis2 ngan gaya 'FIRE' dia tu...

i-City, Shah Alam - 2nd Trip (Part 1)

Trip ke i-City, Shah Alam kali ni lebih meriah dan happening sangat...trip yang telah dirancang bersama Mak Ngah, Mak Na dan Mak Syam sekeluarga. Trip pada 11 Disember 2012 ni kami g seawal pagi yang boleh...dalam kul 10 lebih dah sampai ke i-City. Tempat pertama yang dituju adalah WaterWorld. Banyak giler tempat nak main kat dalam WaterWorld@i-City ni...tapi xsempat main semua pun...budak2 dah mula masuk kolam utk kanak2 tu, dah xingat dunia dah....puas ah ajak kuar x mau...tapi memang xleh nafi pun best giler main kat dalam tu...ummi pun tumpang sekaki, konon2 jaga Iradi ah tapi orang kata sambil menyelam minum air....memang xde rasa penat dan lapar ah bila dah start main...patut ah payah sungguh nk pujuk Iradi ajak g main yg lain...xcaye tengok ajelah gambar2 yg sempat diambil sebelum kamera kehabisan bateri...huhuhu...

Bergambar kenangan di hadapan pintu masuk WaterWorld@i-City
 
 Aksi-aksi sementara menunggu Mak Na beli tiket
 Antara aksi adik Hamdani yang sempat dirakam
 Nilah rupa anak-anak yang seronok xterkata...hanya gambar yang dapat menggambarkan keceriaan dihati... 
 Port sambil menunggu anak-anak bermain air...

Rumah penginapan - Rumah Transit Putrajaya

Rumah Transit Putrajaya ni ummi tempah kat sini untuk penginapan 3 hari 3 malam (10-13 Disember 2012) bagi percutian keluarga kali ni yang disertai oleh keluarga Mak Ngah (Mak Ngah, Kak Shida, Kak Ina dan Afif Daniel), keluarga Mak Na (Mak Na dan Daniel) dan keluarga Mak Syam (Pakcik Shahid, Mak Syam, Shahmi Wajdi, Shazwina Wafi dan Shafi An-Najlah). Kenapa xtido kat rumah kita aje ek??? Saje aje nak berubah angin dan nak try duk kat rumah transit ni. Harganya jauh lebih murah dibandingkan dengan harga kat luar...cuma RM50.00 untuk semalaman dengan condition rumah yang bagi ummi boleh dikatakan fully furnished....xcaye??? Tengok ajelah gambar2 yang sempat ummi snap ni utk kenangan semua dan bukti yang ianya amat selesa dan murah....berbaloi-baloi... Kalau nak tau detail pasal Rumah Transit Putrajaya ni dan lain-lain Rumah Penginapan/Peranginan Persekutuan boleh ah rujuk website rasmi BPH di sini

 Pintu masuk rumah transit kami...Tiong 3 (nice name kan...)
Ruang tamu dan makan...luas kan ;-)
   
Bilik tidur utama
Bilik tidur kedua
 Bilik tidur ketiga
 Bilik air/mandi

Lupa nak ambil gambar ruang dapur, balkoni dan ruang sidai kain. Kat gambar ke-4 dan ke-5 boleh ah nampak sikit ruang dapur. Disini segala kemudahan asas disediakan seperti peti ais, seterika dan iron board, tv, meja makan, sofa, kettle, tong sampah, penyapu dll...what else do you expect with RM50.00 per day/night? Rumahnya sangat bersih dan kemas tau...tip top condition...memang leh tempah lagi untuk masa2 akan datang...


Sunday 30 December 2012

i-City, Shah Alam - 1st Trip

Trip ke i-City Shah Alam kali ni sebenarnya xde perancangan awal pun. Masa tu Mak Na call tanya ada x kat rumah pada 22 November 2012. Kalau ada Mak Na nak singgah d ajak g jenjalan ke i-City ni sebelum teruskan perjalanan dia ke Ipoh, Perak. Kebetulan ummi ada kat rumah, so apa lagi...orang ajak g jalan ok ajer...

Abis waktu keje  ummi kul 5.30 petang Khamis tu, kami berlima (Ummi, Abang Iradi, Mak Jan, Mak Na dan Abang Daniel) terus mulakan perjalanan ke i-City, Shah Alam ni. Adik Hamdani ummi tinggal kat rumah ngan ayah...heheheheee mekasih ayah...

1st time nak ke i-City nasib baik dapat guideline dari kawan yang penah g sini. Kalau ikut peta direction yg ummi google tu rasanya xsampai kot....sampai sana dah dekat kul 8 mlm, terus g ke Snowalk dulu. Pas puas bermain dan bergambar kat dalam tu baru g ronda2 sekitar i-City...x main apa2 sangat sebab ramai orang, xsanggup eden nak beratur eh...Pas dinner KFC, terus balik umah sebab masa tu dah dekat kul 11.00 malam. 

  Bergambar dengan Snowman menggunakan khidmat photographer yang disediakan (RM30.00 sekeping gambar yang dibeli )




 Ultraman sedang men'FIRE'


 Orang lain sejuk gigil-gigil, Iradi cool aje macam xde apa2...





 Hrmm...dah dapat magic stick tu xde apa ah saya....terus beraksi xpeduli orang dah...