Selamat Datang Ke Blog Keluarga Kami

Selamat Datang Ke Blog Keluarga Kami...di sini segala kisah suka duka pahit manis keluarga kami direkodkan sebagai kenangan terindah di masa hadapan.

Monday 31 December 2012

Rumah penginapan - Rumah Transit Putrajaya

Rumah Transit Putrajaya ni ummi tempah kat sini untuk penginapan 3 hari 3 malam (10-13 Disember 2012) bagi percutian keluarga kali ni yang disertai oleh keluarga Mak Ngah (Mak Ngah, Kak Shida, Kak Ina dan Afif Daniel), keluarga Mak Na (Mak Na dan Daniel) dan keluarga Mak Syam (Pakcik Shahid, Mak Syam, Shahmi Wajdi, Shazwina Wafi dan Shafi An-Najlah). Kenapa xtido kat rumah kita aje ek??? Saje aje nak berubah angin dan nak try duk kat rumah transit ni. Harganya jauh lebih murah dibandingkan dengan harga kat luar...cuma RM50.00 untuk semalaman dengan condition rumah yang bagi ummi boleh dikatakan fully furnished....xcaye??? Tengok ajelah gambar2 yang sempat ummi snap ni utk kenangan semua dan bukti yang ianya amat selesa dan murah....berbaloi-baloi... Kalau nak tau detail pasal Rumah Transit Putrajaya ni dan lain-lain Rumah Penginapan/Peranginan Persekutuan boleh ah rujuk website rasmi BPH di sini

 Pintu masuk rumah transit kami...Tiong 3 (nice name kan...)
Ruang tamu dan makan...luas kan ;-)
   
Bilik tidur utama
Bilik tidur kedua
 Bilik tidur ketiga
 Bilik air/mandi

Lupa nak ambil gambar ruang dapur, balkoni dan ruang sidai kain. Kat gambar ke-4 dan ke-5 boleh ah nampak sikit ruang dapur. Disini segala kemudahan asas disediakan seperti peti ais, seterika dan iron board, tv, meja makan, sofa, kettle, tong sampah, penyapu dll...what else do you expect with RM50.00 per day/night? Rumahnya sangat bersih dan kemas tau...tip top condition...memang leh tempah lagi untuk masa2 akan datang...


1 comment:

saniepunye said...

salam...ade disediakan dapur untuk memasak tak.....