Selamat Datang Ke Blog Keluarga Kami

Selamat Datang Ke Blog Keluarga Kami...di sini segala kisah suka duka pahit manis keluarga kami direkodkan sebagai kenangan terindah di masa hadapan.

Sunday 30 December 2012

i-City, Shah Alam - 1st Trip

Trip ke i-City Shah Alam kali ni sebenarnya xde perancangan awal pun. Masa tu Mak Na call tanya ada x kat rumah pada 22 November 2012. Kalau ada Mak Na nak singgah d ajak g jenjalan ke i-City ni sebelum teruskan perjalanan dia ke Ipoh, Perak. Kebetulan ummi ada kat rumah, so apa lagi...orang ajak g jalan ok ajer...

Abis waktu keje  ummi kul 5.30 petang Khamis tu, kami berlima (Ummi, Abang Iradi, Mak Jan, Mak Na dan Abang Daniel) terus mulakan perjalanan ke i-City, Shah Alam ni. Adik Hamdani ummi tinggal kat rumah ngan ayah...heheheheee mekasih ayah...

1st time nak ke i-City nasib baik dapat guideline dari kawan yang penah g sini. Kalau ikut peta direction yg ummi google tu rasanya xsampai kot....sampai sana dah dekat kul 8 mlm, terus g ke Snowalk dulu. Pas puas bermain dan bergambar kat dalam tu baru g ronda2 sekitar i-City...x main apa2 sangat sebab ramai orang, xsanggup eden nak beratur eh...Pas dinner KFC, terus balik umah sebab masa tu dah dekat kul 11.00 malam. 

  Bergambar dengan Snowman menggunakan khidmat photographer yang disediakan (RM30.00 sekeping gambar yang dibeli )




 Ultraman sedang men'FIRE'


 Orang lain sejuk gigil-gigil, Iradi cool aje macam xde apa2...





 Hrmm...dah dapat magic stick tu xde apa ah saya....terus beraksi xpeduli orang dah...

No comments: