Selamat Datang Ke Blog Keluarga Kami

Selamat Datang Ke Blog Keluarga Kami...di sini segala kisah suka duka pahit manis keluarga kami direkodkan sebagai kenangan terindah di masa hadapan.

Monday 31 December 2012

i-City, Shah Alam - 2nd Trip (Part 2)

Kisah kat i-City, Shah Alam yang ni adalah sambungan daripada sini. Setelah puas berendam dan main air kat WaterWorld (elok2 aje nak kuar tu, hujan mula turun dengan lebatnya...alhamdulillah rezeki kami dapat main dulu sebelah pagi tu...), next station yang dituju tak lain tak bukan adalah Snowalk ah pulak. Pas siap solat Asar dan makan serba ringkas wat alas perut, kami semua pun mula masuk Snowalk.

Kat dalam Snowalk ni memang sejuk sangat2...tapi boleh kuar masuk berulang2 kali. Baju sejuk ada disediakan percuma. Kalau nak sewa stokin dan kasut khas pun ada disediakan, RM10.00 sepasang. Ummi sewa gak kasut tu 2 pasang untuk abang Iradi dan Mak Jan. Kat dalam tu ada ruang legar yang disediakan untuk panaskan badan semula sebelum sambung meneroka Snowalk.

Kat dalam ni ada cite yang xboleh dilupakan...nak dijadikan cite, cucu Ngah iaitu Afif ntah macam mana boleh hilang. Masa tu ummi xmasuk ngan mereka semua. Ummi ngan adik Hamdani tunggu kat ruang legar tu aje..nanti gilir2 ah ngan sape2 yang dah kesejukan kat dalam tu utk jaga adik Hamdani...boleh bawak masuk tapi ummi kesian kat adik sebab kat dalam tu sejuk sangat. Bawak masuk pun kejap aje untuk bergambar kenangan ramai2 sebelum balik. 

Berbalik pasal cite si Afif tadi, dia kata dia nampak ada sorang budak pempuan pakai baju sejuk merah...dia ingatkan Wafi, so dia ikut budak tu...tup2 dia sedar yang dia dah salah orang. Tapi cerdik jugak si Afif ni, dia cari jalan kuar dan g duk kat ummi. Masalahnya ummi xperasan pun dia datang kat ummi sebab kerusi kat ummi duduk tu dah penuh...so dia duk jauh sikit ah ngan ummi. Ummi cuma perasan kewujudan Afif masa nak bawak adik Hamdani pusing2 kat dalam tu...tiba2 nampak dia. Terkejut gak ummi...tanya kenapa Abang Long xmasuk ngn nenek? Baru aje dia nak mula bercerita....tetiba sampai ah rombongan Cik Kiah yang kat dalam tu yang hati masing2 resah bagai nak rak sebab kehilangan si Afif ni...so bermulalah drama dan cerita macamana masing2 rasa nak gugur jantung bila Afif hilang...maunya tak risau...mak ayah budak tu dah ah jauh kat Pahang nun....Apa pun, alhamdulillah semuanya selamat. 
Sempat lagi adik Hamdani berposing di ruang legar Snowalk
 
 



Nilah antara rupa cool budak comel yang tak kenal erti sejuk kot...
Ummi bergambar kenanngan dengan anak-anak tersayang
Memek muka memasing yang sedang menahan kesejukan...heheheheee
Mak Syam sekeluarga
Mak Syam, Shahmi Wajdi, Shazwina Wafi dan Shafi An-Najlah
Pakcik Shahid, Shahmi Wajdi, Shazwina Wafi dan Shafi An-Najlah
Sejuknya.....

Bergambar kenangan bersama di Snowalk


Gambar 2 keping kat bawah ni adalah akiviti terakhir sebelum bertolak balik ke rumah penginapan. Best jugak main Mini Race Car ni...untung gak ummi anak2 masih kecik, boleh merasa main benda alah ni tanpa rasa malu dah bersalah....konon bawak anak2 main ah...padahal umminya sama excited nak main...hahahahaa

Abang Afif dan Shahmi Wajdi
Ummi dan anak-anak...abang Iradi xhabis2 ngan gaya 'FIRE' dia tu...

No comments: