Ishhh…ishhh…ishhh… lama betul blog ummi ni terabai dan di anak tirikan.
Sejak ditubuhkan (chewahhh…) bulan Jun 2011 yg lalu baru 4 entri ummi wat.
Dahsyat…dahsyat…itu pun sume entri dalam bulan Jun 2011 tu jugak…pastu ummi g
mana ek dan kenapa diam tanpa khabar berita…
Rasanya ada banyak faktor kot yg wat ummi jadi cenggitu…
Mungkin sebab:
- Masa tu hangat-hangat tahi ayam…orang berblog, ummi pun nak berblog gak…
- Semangat nak berblog tapi xde idea camne nak bagi blog menarik
- Malas, xde masa, busy, xde modal nak cite, xpandai karang dan macam2 alasan yg ummi reka cipta kot ;-)
- Ummi pregnant lagi….
Abis tu, apa lak yang wat ummi tetiba bersemangat semula nak sambung
berblog ni?
- Semangat baru lepas baca blog orang…ibarat kata, orang berblog ummi pun nak berblog…hrmm, cam pnh dengar je ayat ni
- Handphone ummi yang penuh dengan gambar2 kenangan terutama gambar jejaka encem Iradi hilang…xtau katne…huhuhu. So, as a backup (kononnya), ummi rasa baik aku simpan semua kenangan ni dalam blog. Boleh dirujuk dan dikenang selagi hayat masih ada….
- Boleh baca dan kenang semula semua peristiwa penting dan berharga yg hadir dalam hidup ini
- Nak rekod perkembangan anak-anak ummi yang tercinta
- Hadiah dan kenangan untuk anak-anak ummi bila ummi dah tua dan ingat-ingat lupa pasal zaman muda-muda…
.::sELAMAT kEMBALI bERBLOG ::.
1 comment:
welcome back ummi...
Post a Comment