Selamat Datang Ke Blog Keluarga Kami

Selamat Datang Ke Blog Keluarga Kami...di sini segala kisah suka duka pahit manis keluarga kami direkodkan sebagai kenangan terindah di masa hadapan.

Friday 5 April 2013

KU002 : Kriteria Rumah Idaman

Rumahku syurgaku…itulah yang ummi dan ayah harapkan dalam usaha mencari rumah untuk tempat kami berteduh dihari tua nanti…kriteria penting bagi kami berdua yang mesti dipenuhi sebelum membeli sebuah rumah antaranya adalah…
  • Status Freehold atau Leasehold?
    • Kami sama-sama sepakat untuk membeli rumah yang berstatus freehold. Memanglah harganya lebih mahal berbanding leasehold tapi status hakmilik kekal tu penting bagi kami. Rumah tu nanti mestilah nak diwariskan kepada anak cucu…so, kalau dah status hakmilik kekal, xperlu dah anak cucu susah payah nak fikir tentang status rumah tu berbanding kalau beli leasehold yang biasanya dipajak maksimum 99 tahun (itupun belum tentu bakinya 99 tahun masa dibeli, selalunya kuranglah)…nanti bila cukup tempoh pajaknya nak kena renew pulak ke apa ke untuk kekal memiliki rumah tersebut…
 
  • Rumah Baru atau 2nd hand?
    • Pada asalnya, kami tak kisah sangat samada rumah baru atau 2nd hand. Ingatkan rumah 2nd hand murah banyak berbanding rumah baru. Tetapi setelah membuat perbandingan rumah-rumah yang telah di survey, kami dapati rumah-rumah 2nd hand yang kami minat harganya xjauh beza dengan rumah baru…lebih mahal dari rumah baru pun ada. Antara kelebihan rumah 2nd hand ni, selalunya dah ada keperluan asas seperti grill dan mungkin dah dibuat sedikit renovation. So, dah boleh jimat kat situ. Tapi belum tentu renovation yang dibuat tu menepati citarasa dan selera bakal pembeli…lagi 1, kalau rumah 2nd hand ni, kita dah boleh tengok suasana kejiranan kat situ samada sesuai dengan gaya hidup kita atau tidak. Contohnya masa kami g tinjau satu rumah Semi D yang nak dijual kat area Salak Tinggi (dapat tau melalui iklan di mudah.my), 1st time masuk area taman tu, ummi dah rasa tak seronok sebab tengok macam masing-masing buat hal sendiri aje…ummi kalau boleh nak gak dapat jiran yang ramah mesra macam ala-ala kat kampung tu…heheheee 
    • Selepas tinjauan demi tinjauan yang telah dibuat, kami sepakat untuk membeli rumah baru. Tak perlu susah payah nak fikir tentang kos baikpulih rumah sekiranya kami membeli rumah 2nd hand. Dengan harga barang sekarang yang mahal lagi…tup-tup nanti kos baikpulih dan renovate rumah aje dah buat harga rumah tu lebih mahal dari rumah baru. Cuma risiko yang paling ditakuti bila beli rumah baru ni ialah kalau projek perumahan tersebut terbengkalai…alamatnya menangis air mata darahlah kami…huhuhuhu bab jiran tu pulak kena redha gak, cuma kami akan cuba cari rumah yang dapat jiran sebelah menyebelah melayu…amen
 
  • Apartment / Condo / Teres / Semi D / Banglo?
    • 1st requirement, kami nak rumah atas tanah…senang nak parking kereta dalam kawasan rumah. Kalau tertinggal barang dalam rumah pun just bukak pintu rumah dan ambil barang…tapi kalau dok apartment/condo, memang jauhlah sikit petak parking dengan rumah kan…nak patah balik rumah ambil barang yang tertinggal pun rasa macam bercinta aje aka malaslah tu…so secara automatiknya rumah apartment dan condo tidak memenuhi kriteria kami.
    • 2nd requirement kalau boleh kami nak rumah yang ada tanah tepi, mana tau ada rezeki lebih nanti boleh besarkan rumah. Paling tidak pun ada tempat untuk anak-anak main lari-lari waktu petang atau boleh gak bercucuk tanam atau buat mini garden….amboi angan-angan tinggi melangit xingat poket…
    • Pilihan yang kami ada ialah dengan kriteria yang kami mahu ialah teres corner lot / Semi D / banglo…hrrmm perlu pertimbangan lagi
 
  • Nak beli area mana?
    • Since sekarang ummi kerja kat Putrajaya, kalau boleh nak beli rumah di Putrajaya atau kawasan berhampiranlah kan…tapi harga rumah kat sini, mak oiiii melampau sangat. Macam sengaja tak nak bagi golongan berpendapatan macam kami ni untuk beli rumah area sini. Pernah jumpa iklan kat mudah.my, rumah teres 2 ½ tingkat corner lot macam kuarters ummi duduk sekarang kat Presint 8 nak dijual dengan harga 780K. Bukan tak mampu…tapi kami cuma mampu telan air liur jelah…
    • Ummi jumpa iklan kat mudah.my nak jual tanah dan rumah banglo (projek baru) di Olak Lempit dengan harga RM313,100 – RM537,100 untuk build up 1160 – 2560 dan land area 5100. Ummi dan ayah tergoda habis dengan design rumah yang diemelkan dan harga yang ditawarkan (RM367,500.00, build up 1500, land area 5100). Ayah sampai sangggup balik dari Kedah nun untuk nak g uruskan pasal rumah ni. Lepas bercakap dengan agen tu melalui telefon, kami memang dah plan nak jumpa dan buat urusan pembelian. Ditakdirkan Allah, sedang ayah bersiap-siap tu ummi pun gatal tangan bukak FB tengok latar belakang company dan projek rumah tu. Tengok-tengok projek tu dah mula diiklankan sejak tahun 2011 dengan design dan harga yang sama….huh…apa kes ni. Kami dah xsedap hati dan decide nak g tengok tapak rumah dulu sebelum jumpa agen. Masa bagitau agen kami nak g tengok tapak rumah dulu, baru agen tu bagitau kami kat tapak tu masih belum mula apa-apa lagi. Kalau kami g tengok pun memang masih ada pokok kelapa sawit lagi kat tapak tu dan macam-macam lagi agen tu cakap…dipendekkan cerita, kami tetap g tengok tapak tu, cari punya cari tapi xjumpa jugak walaupun dah ikut alamat yang diberikan oleh agen…so, keputusan muktamad JANGAN BELI…sedih tapi lega sangat…
    • Ada gak survey projek perumahan baru Semi D 1 tingkat dekat Bukit Changgang dengan build up 26 x 45 dan land area 37 x 75 harganya 335K selepas 7% bumi disc. Kami rasa macam mahal je dan area tu xdelah dekat sangat dengan Putrajaya. Berkenan gak dengan Semi D 1 tingkat dengan harga 340K berhampiran kawasan yang sama build up 24 x 52 dan land area 38 x 93 tapi design rumah tu living room tak de tingkaplah pulak…kalau nak besarkan living room pun dah xleh sebab sebelah kanan master bedroom sebelah kiri dinding kongsi ngan jiran sebelah. Dinding depan dah buat pintu rumah, dinding belakang dah kongsi ngan bilik air….awatlah depa design rumah ni lagu tu ek? Sah-sahlah kami xjadi nak beli sebab kami suka ruang yang lapang dan terang. Mesti ada tingkap kat living room barulah cantik kan…
    • Ada g lawat satu projek perumahan baru dekat Dengkil, Taman Harmoni kalau tak silap. Tak sempat tengok kawasan dalam pun, tengok papan iklan dia aje, tayang harga yang diluar kemampuan kami…so, no no no
    • Since kami nak rumah yang selesa tapi murah untuk dijadikan tempat tinggal dihari tua, ayah cadangkan untuk beli rumah di Kedah. Rumah kat sana masih dalam kategori mampu milik. Ayah pun dah pernah tengok satu projek perumahan kat Kulim Hi Tech cuma tak pernah dapatkan maklumat terperinci tentang projek tu.  Ideanya, kalau dah beli rumah yang jauh ngan tempat keje, buat masa sekarang kami kekal duk je kuarters dulu, lagipun tak tau sampai bila ummi keje kat Putrajaya ni. Kami pun ada gak usha-usha projek perumahan kat Pekan, Pahang. Kira macam nak buat perbandinganlah nanti antara rumah di Pahang dan di Kedah
 
  • Rumah setingkat / bertingkat-tingkat?
    • Kami sepakat nak rumah setingkat sahaja. Sebelum ni kami dah pernah menyewa rumah teres setingkat (masa bujang), rumah teres dua tingkat dan sekarang teres 2 ½ tingkat. Dari pengalaman-pengalaman tersebut, yang paling sesuai dan serasi dengan jiwa kami adalah rumah setingkat sahaja. Senang nak urus rumah setingkat ni berbanding rumah yang bertingkat-tingkat. Nak menyapu sampah dan mengemop lantai pun xpenat sangat. Dah takde nak kena sapu / mop tangga lagi…tak perlu turun naik tangga kalau tertinggal barang kat tingkat atas / bawah…tambah dengan anak-anak kecil lagi yang suka sangat main tangga. Even rumah sekarang 2 ½ tingkat, most of the time kami sekeluarga berkampung kat tingkat bawah aje. Tingkat 2 kami jadikan bilik tetamu dan bilik solat (dulu bilik Mak Jan). Tingkat ½ kat atas tu ada master bedroom dan bilik mandi (siap dengan bath tub)…tapi kami xtido kat sini, sekali sekala je naik kemas-kemas bilik. Kami anak beranak memang tido kat tingkat bawah, kami jadikan satu ruang kat tingkat bawah tu sebagai tempat tido (siap dengan katil lagi tu). Ada satu bilik kat tingkat bawah pulak kami jadikan bilik bersalin pakaian/solat….eh eh eh…ni dah lari topic lah pulak….hehehehee
 
  • Harga rumah?
    • Disebabkan ummi kakitangan tetap kerajaan, kami sepakat untuk menggunakan kemudahan pinjaman perumahan kakitangan awam yang disediakan. Dengan gaji ummi sekarang, kami layak untuk membuat pinjaman perumahan maksimum 380K. So, bakal rumah idaman kami nanti mestilah harganya tak lebih dari 380K…

     
    Kesimpulannya, Rumah Idaman Kami perlu berstatus freehold, rumah baru setingkat jenis Teres Corner Lot / Semi D / Banglo dengan harga maksimum RM 380K samada di Negeri Pahang atau Kedah…(ringan sikit kepala bila dah dapat listdown kriteria Rumah Idaman Kami)

5 comments:

Anonymous said...

Bosan la pasal pencarian rumah u ni .rase mcm penunjuk nunjuk pon ado.ape daa

Aisy Diaz said...

Sy x rase pun bosan.. Actly membantu gak utk mereka yg mmg mencari rumah idaman.. :)

Aisy Diaz said...

Sy x rase pun bosan.. Actly membantu gak utk mereka yg mmg mencari rumah idaman.. :)

Unknown said...

Baguzzzz

Unknown said...

Terbaik lah satu penulisan yang detail dan amat amat memuaskan tidak tertumpu pada rumah sahaja lokasi dan harga rumah itu .....dijelaskan penulis apa apa pun harap keluarga ni akan miliki rumah idaman